TEMPLATE ERROR: Unknown runtime binding: macinclude in widget Segalanya Disini. . .
Tutup iklan
PAKEJ GOLD - Banner 728x90 / 70K Pengunjung Sehari - RM250/30 Days


Pengurus Peribadi Sahkan Fasha Sandha Hamil Dua Minggu. Tahniah!



Media Hiburan petang ini melaporkan yang aktress popular,Fasha Sandha telah di’sahkan hamil dua minggu.

Berita yang semestinya menggembirakan pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram yang baru sahaja selesai berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu minggu lalu.

Pengurus peribadi Fasha Sandha, Nik Yasmin di’khabarkan memaklumkan berita gembira ini melalui Blackberry Messenger (BBM) selepas doktor mengesahkan kandungan.

Menurut pesanan ringkas Nik Yasmin, doktor melakukan pemeriksaan ke atas Fasha Sandha selepas beliau di’dapati lambat datang bulan dan doktor tampil dengan berita gembira buat pasangan pengantin baru ini.

Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) bernikah pada 27 April yang lalu dalam majlis ringkas tetapi penuh meriah di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tahniah buat Fasha Sandha & Rizal Ashram, tidak sabar untuk lihat baby anda berdua. Heh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Wanita Tayang Buah Dada Cuba Mencuri Trofi Euro 2012 Yang Dipamerkan

Wanita Tayang Buah Dada Cuba Mencuri Trofi Euro 2012

Seorang perusuh wanita warga Ukaraine ditahan pihak polis atas cubaan mencuri trofi Euro 2012 ketika ia dipamerkan di Kiev, menurut Reuters.

Yulia Kovpachik, 23, kelihatan mendekati trofi yang dipamerkan di Independence square, sebelum membuka bajunya untuk menunjukkan mesej di bahagian bawah dadanya yang bertulis ‘F**k Euro 2012′.

Dia dipercayai seorang wakil bagi sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Femen, sebuah kumpulan yang mempertahankan hak wanita di Kiev yang sering melakukan protes dengan membuka baju mereka di khalayak ramai di negara tersebut.

Kumpulan tersebut selalunya bertindak atas perkara yang mereka rasakan tidak adil dari segi politik, permasalahan sosial dan penggunaan wanita di Ukaraine.

Femen mempercayai bahawa Euro 2012 akan mendatangkan banyak masalah di Ukaraine seperti expoitasi seks dalam kalangan peminat-peminat bola sepak ketika acara sedang dijalankan.

Lebih daripada sejuta pelawat dijangkakan akan tiba di Ukaraine pada musim panas untuk Euro 2012, sebuah acara bola sepak yang dihoskan secara bersama oleh Ukaraine dan Poland.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

[Video] Awek cun lagi comel membuat suara Dark Vader

Thumbnail




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Mayat Tak Diterima Bumi, Berlaku Di Pahang


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).
Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau
mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.
Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar.
Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang.
Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.
Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.
Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar.
Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang
dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya.
Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah.
Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur.
Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya.
Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja.
Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar.
Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid.
Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar.
Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!!
Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Isteri Jimmy Mengaku Mengandung Anak Luar Nikah, Ugut Gugur Kandungan

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin bahawa isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu sekiranya benar ia anak Jimmy.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada petang 24 Januari tahun lalu selepas dia menegur isterinya yang didapati masih berjudi.

Menurut laporan Sinar Harian, Jimmy juga berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

“Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah,” kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Pada prosiding itu juga, Jimmy telah mengemukakan beberapa alasan yang menunjukkan isterinya nusyuz.

Antara lain, Suhaila dikatakan menghilangkan diri 16 hari tanpa izinnya selepas ditegur supaya berubah.

Selain itu, Suhaila dikatakan bercuti di China tanpa izin Jimmy dan pengacara itu mendakwa isterinya masih berjudi walaupun sudah banyak kali dia merayu supaya berubah.

Jimmy menfailkan permohonan kembali taat terhadap Suhaila pada 3 Januari lalu, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.

Permohonan itu dikemukan selepas Jimmy dan Suhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun tahun lalu.

Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Gempar! Jacky Chan Mati Dalam Kemalangan Jalanraya

Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat.


Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.

Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadiankemalangan jalanraya tersebut, mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.

Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. (BERNAMA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

[Rewind] Leez AF4 putus cinta dengan Zizan Razak, ditinggalkan tanpa sebab


Berita baik kepada lelaki-lelaki solo di luar sana. Leez AF4 kini telah single. Rupa-rupanya dah hampir setahun Leez clash dengan buah hatinya, Zizan Raja Lawak. Paling menyedihkan, Leez tak diberitahu apa sebab musabab punca perpisahan mereka.

Memang saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar disebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja, tak cakap apa-apa.

Macam-macam spekulasi yang keluar tentang punca perpisahan diorang. Ada yang kata mak Zizan nie tak suka kat Leez. Bukan taste mak dia lah kot. Tapi kalau kami jadi Zizan, memang agak malulah sebab agak tak macho cara dia nak clash nie. Sepatutnya kena jadi gentleman.

Nasihat kami, face to face jerlah. Konfrontasi berdua. Bagitau asal nak clash. Baru semua orang yang terlibat tak dendam sana sini. Ini tengok habis kisah cinta anda dijaja ke sana ke mari. Drop own water face only. Tak gitu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Murid tahun 3 dirogol 3 kali oleh remaja 14 tahun ditangga sekolah

ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.

Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.

“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.

“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.

“Pada kira-kira jam 10.30 pagi Rabu lalu, berlaku sekali lagi kejadian sama ketika waktu rehat apabila mangsa seorang diri datangi remaja terbabit.

“Remaja itu didakwa sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk di tangga sekolah dan memberi amaran supaya mangsa merahsiakan perkara berkenaan,” katanya yang memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak keluar rehat sebaliknya berada di sekitar kawasan sekolah berkenaan seorang diri.

Kata sumber itu, mangsa yang takut hanya berdiam diri kerana bimbang dicederakannya sebelum remaja terbabit berlalu selepas melakukan perbuatan itu. “Keesokan paginya (Khamis), kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, mangsa sekali lagi mendakwa menjadi habuan nafsu remaja terbabit dan kali ini senjata tajam diacukan di leher mangsa ketika berseorangan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diugut bunuh jika perlakuan sumbang itu diketahui orang, namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian melaporkan kepada pengurusan sekolah.

“Pihak sekolah yang terkejut selepas diberitahu perkara itu segera menyiasat sebelum memanggil ibu mangsa memaklumkan kejadian menimpa anaknya,” katanya.

“Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sendiri datang ke sekolah kira-kira jam 3 petang sebelum bertindak melaporkannya kepada polis,” katanya .

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan, polis ada menerima laporan.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dan sudah mengenal pasti suspek seorang remaja lelaki dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.-METRO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Guru biadap! Rogol murid darjah 3


PEKAN – Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Felda Chini Timur, dekat sini terpaksa melalui detik hitam dalam hidup apabila dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu sedang menunggu abangnya yang dalam perjalanan untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Menurutnya, ketika sedang menunggu kira-kira jam 1.10 tengah hari, sebuah kereta Proton Saga berwarna kelabu yang dipandu seorang lelaki menghampiri mangsa di luar kawasan sekolah.

“Suspek kemudiannya keluar dan memperkenalkan diri kepada mangsa dengan nama ‘Cikgu Razak’ sebelum dia mempelawa mangsa menaiki keretanya untuk dihantar pulang ke rumah.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya menerima pelawaan ‘cikgu’ terbabit dan tidak menyedari bahawa lelaki tersebut menyimpan niat jahat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Amran berkata, suspek kemudiannya membawa mangsa ke satu kawasan ladang berhampiran sekolah sebelum merogolnya dalam kereta namun kemuadian mangsa berjaya melepaskan diri keluar dari kawasan ladang berkenaan sebelum berjalan kaki pulang ke rumah.

“Mangsa yang kemudiannya ditemui ahli keluarganya menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum mereka membuat laporan polis dan membawa mangsa melakukan pemeriksaan di hospital.

“Polis kini giat mengesan suspek melalui gambaran wajah yang diberikan oleh mangsa selain pelbagai kaedah bagi memberkas suspek yang kini masih bebas,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa serta penjaga agar lebih peka dengan keselamatan anak masing-masing selain mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan mereka menanti anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah.

“Kepekaan ibu bapa membantu mengekang masalah jenayah berkaitan selain mengelak kejadian seumpama ini berlaku tanpa sebarang pengawasan yang sewajarnya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Kerana Bergambar Bogel, Aktres Wanita Iran Diharam Pulang Ke Negaranya

Aktres Wanita Iran Diharam Pulang Ke Negaranya

Paris – Tindakan seorang pelakon wanita Iran yang bergambar bogel di dalam majalah Madame Le Figaro, minggu ini telah mencetuskan pelbagai reaksi terutama daripada penduduk di Iran sendiri.

Aksi `berani mati’ Golshifteh Farahani itu bagaimanapun mendapat lebih banyak kecaman daripada penduduk Iran yang menyifatkannya sebagai tidak bermaruah.

Menurut agensi berita Iran, FARS, dia yang dulunya berlakon sebagai seorang ibu yang penyayang di Iran kini telah berubah selepas menyertai Hollywood.

“Dia bukan sahaja menjual tubuhnya malah menjual maruah semata-mata ingin mendapatkan penghargaan di kalangan barat,” kecam FARS.

Berikutan itu, dia diharamkan daripada menjejak kaki di tanah airnya selepas bergambar bogel.

Kerajaan Iran dilaporkan berkata, Farahani tidak dialu-alukan di negara itu dan dia boleh menunjukkan bakat lakonannya itu di tempat lain.

Farahani berpindah ke Perancis selepas mencipta sejarah di Iran kerana menjadi pelakon pertama di negara berkenaan yang membintangi filem barat.

Pada 2008, dia membintangi filem `Body of Lies’ sebagai jururawat bersama aktor Leonardo DiCaprio.

Keputusan Farahani untuk bergambar bogel itu telah menyebabkan laman sosialnya iaitu Facebook, Twitter dan blogs dipenuhi dengan pelbagai cercaan dan kata-kata nista.

Antara yang mengecamnya ialah seorang jurutera dari Isfahan, Mohammed.

Dia berkata, pelakon di Iran berdepan dengan pelbagai sekatan daripada kerajaan, namun tindakan Farahani bergambar bogel ini telah menambahkan kesukaran kepada artis di negara konservatif itu untuk berkarya.

Namun ada juga yang menyokong dan memuji langkah tersebut yang disifatkan pihak tertentu sebagai mempunyai keberanian tersendiri.

Salah seorang ialah Mary Apick yang juga seorang bekas bintang filem terkenal di Iran dan pernag memenangi anugerah pelakon wanita terbaik dalam Festival filem Moscow.

Selepas menyaksikan aksi Farahani itu, Apick berkata dia tidak percaya dengan apa yang disaksikannya.

“Dia tidak akan dapat balik lagi ke Iran. Tidak sekali-kali.Tiada siapa yang pernah melakukannya. Ini adalah satu keberanian yang tidak pernah saya saksikan,” katanya.

Apick yang menetap di Amerika Syarikat dan telah menempa nama di negara itu dengan menjadi pelakon dan aktivis berkata, adalah sukar untuk menjadi pelakon apabila saya berada di Iran.

“Jika dulu sukar, kini bertambah sukar, rejim tidak berminat dengan karakter wanita dalam filem,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

'Cikaro' gejala gadis bawah umur




KUALA LUMPUR: Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.

Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.

Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali.

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.

Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Foto Bogel Dewi Cinta Tersebar

Foto Bogel Dewi Cinta Tersebar?

Penyanyi dari negara seberang, Dewi Cinta telah menjadi bahan bualan hangat ketika ini selepas foto seorang wanita bogel yang didakwa mirip penyanyi berkenaan.

Menurut laporan detikHot, terdapat beberapa foto tanpa seurat telah tersebar dan diantaranya foto yang menampakkan seorang wanita ‘berpose’ di hadapan cermin di dalam tandas dan satu lagi foto seorang wanita yang dikatakan mirip Dewi dilihat hanya memakai coli berwarna hitam.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga foto bogel Dewi bersama rakannya di tab mandi.

Namun pelantun “Main Hati” ini enggan mengulas lanjut tentang foto berkenaan kerana memberitahu bahawa dia masih lagi belum melihat foto yang dikatakan itu.

“Saya tak mahu memberi apa-apa kenyataan lagi buat masa sekarang ini,” ujarnya. – My News Hub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Polis yang nakal ambil kesempatan dekat awek ini

tetek beliau di ramas oleh seorang polis ketika menghalang satu demonstrasi jalanan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Pasangan Kekasih Dicekup Berasmara Dalam Masjid



Dek kerana menurutkan hawa nafsu yang sedang membuak-buak, sepasang kekasih menjadikan bilik mandi sebuah masjid di Pasir Tumboh, Kelantan untuk ‘melangsaikan’ hajat mereka.

Namun niat itu tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.

“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya pada Sinar Harian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

Sami Yusuf Menasihati Dato Siti Tentang Cara Pemakaian Tudung

Sami Yusuf tegur Dato siti , pakai tudung kena tutup sampai dada la siti..hehehe..itu just dialog aku je! Tak kan la Sami Yusof nak cakap begitu kan..Mereka sedang berbincang mengenai lagu untuk berduet. Tapi gambar tue sesuai dengan dialog aku kan hehe..jangan marah na! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category:

 
Advertising Blog / Media Platform
Copyright © 2012. Segalanya Disini. . . - All Rights Reserved